PRIHATIN MALAYSIA

Assalamualaikum wbt....

Masih baru.... Masih fresh..... dan masih setahun jagung....
InsyaAllah PRIHATIN MALAYSIA adalah salah satu dari ratusan NGO di Malaysia ini yang menjadi lapangan dan wadah dalam mengupas serta mengambil peduli hal ehwal kemasyarakatan...

Fokus utama PRIHATIN MALAYSIA adalah di dalam isu-isu berkaitan sosial dan juga kesihatan.... InsyaAllah.. Bersama penggerak-penggerak yang bangkit dengan semangat jihad dan seorang daei ummat... Isu kemasyarakat tidak akan dilihat enteng.....

Tembakau dan Rokok


Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

· Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya

· Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun

· Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah


Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Merokok boleh dalam bentuk berikut :

· Rokok

· Cerut

· Tembakau paip

· Seesha

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

· Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok

· Lebih kurang 20% remaja adalah perokok

· 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok

· Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?

· Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain

· Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan


Mengapa merokok merbahaya?

Merokok merbahaya kerana :

· Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung

· Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan?

· Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun

· Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah


Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?

Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :

· Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.


Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

· Tar (bahan untuk membuat jalan raya)

· Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)

· Napthylamine (ubat gegat)

· Arsenik (racun anai-anai)

· Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)

· Kadmium (terdapat dalam bateri)

· DDT (Ubat nyamuk)

· Formaldehyde (untuk mengawet mayat)

· Butane (gas yang boleh membunuh)

· Methanol (Bahan pembakar untuk roket)

· Hydrogen cyanide (racun)

· Toluene (bahan pelarut)

· Carbon Monoxide (gas beracun)


Rokok

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

· Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda

· Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda

· Barah payudara: lebih 11 kali ganda

· Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda

· Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda

· Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda

· Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda

· Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda

· Ulser Perut: lebih 2 kali ganda

· Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda


Adakah perokok pasif kurang bahaya?

Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :

· Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :

o 2 kali ganda nikotin

o 3 kali ganda tar

o 5 kali ganda karbon monoksida

o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya


Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?

Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau.

Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :

· Sekolah

· Hospital dan klinik

· Bangunan-bangunan kerajaan

· Lif

· Kapalterbang

Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?

· Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok

· Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :

o Tanda fizikal :

© Gelisah

© Menggeletar

© Degupan jantung lebih laju

© Pernafasan cetek / tidak dalam

o Corak pemikiran :

© Gian untuk menghisap rokok

© Berasa risau, gelisah dan bimbang

© Tidak boleh menumpukan perhatian

o Corak Emosi :

© Mudah marah

© Mudah runsing

© Rasa bimbang

© Gelisah

o Pola kelakuan :

© Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin

© Tercicir dari sekolah

© Perubahan sikap dan tingkah laku

© Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok



Wednesday, August 19, 2009

Remaja Dan Kerapuhan Jiwa

SEHELAI demi sehelai majalah itu Amin belek. Bila tiba ke hujung kulit, Amin pergi menonton televisyen, tiada cerita menarik. Bosan! Tiada apa yang hendak dilakukan semasa cuti sekolah ini. Ayah ibunya terlalu sibuk dengan kerja. Kakak dan abangnya masing-masing berada di kolej dan bekerja. Sebagai anak bongsu, dia sangat bosan hanya tinggal dengan pembantu rumah. Lalu dia teringat kawannya, Johan semalam mengajaknya menonton wayang, lantas menghubunginya untuk keluar.

Hari demi hari, begitulah aktiviti Amin. Keluar pun sudah pandai hingga lewat malam. Tiada siapa pun hendak marah dan pantau. Ayah ibu pun pulang lewat malam. Kadang-kadang kedua-duanya terpaksa ke luar daerah, meninggalkan Amin yang disangka mereka sudah besar dan pandai menjaga diri.

Sehinggalah Amin sudah berani mengunjungi tempat-tempat yang tidak sepatutnya dia kunjungi dan terjebak dengan perkara-perkara yang kurang baik. Apa yang nak ditakutkan, tiada siapa yang sedar akan perbuatannya, dan dia merasakan dia bebas melakukan apa sahaja.

SEBAHAGIAN remaja kini amat mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang kurang baik dan cenderung untuk mengikut contoh-contoh yang membawa kepada kerosakan diri dan akhlak.

Kisah seperti Amin di atas yang kekurangan perhatian kedua-dua ibu bapanya menjadikan Amin seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebayanya dan pengaruh sekeliling.

Rakan sebaya dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan, meluangkan masa bersama-sama serta secara tidak langsung, menjadi sumber teladan yang paling hampir dengan mereka. Selalunya remaja cenderung untuk melawan tradisi dan persekitaran yang mengongkong mereka. Perkara yang kurang baik dan negatif mudah diikuti, manakala perkara yang baik senang sahaja ditolak mentah-mentah dan dicemuh.

Zaman kanak-kanak dan remaja adalah tempoh yang sangat kritikal dan penting dalam pembentukan tingkah laku dan perangai. Naluri suka meniru, berkawan, ingin tahu yang ada pada mereka menyebabkan anak mudah terikut-ikut dengan apa yang ada di sekitarnya. Jika yang mempengaruhi itu adalah hal baik maka ia akan berguna kepada diri remaja tersebut. Jika anak dibiarkan dalam keadaan kelompangan hati dan kekosongan teladan, pengaruh buruk mudah menjadi ikutan. Jika keadaan ini berterusan, kerapuhan jiwa dan minda mudah terjadi.

Terdapat kini sebahagian anak-anak, terutamanya remaja gagal mengenal dan membezakan sesuatu yang berguna atau sebaliknya kerana bimbingan tidak diberi pada tahap awal kehidupannya. Jiwa dan minda mereka menjadi rapuh kerana banyak faktor.

Ketidakprihatinan ibu bapa terhadap pembesaran rohani dan emosi anak-anak mereka antara lain menyebabkan kepada permasalahan ini. Kebanyakan ibu bapa kini bertungkus lumus untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi serta keperluan asas untuk keluarga, tetapi lupa untuk meluangkan masa untuk anak-anak mereka.

Anak-anak muda yang tidak tahu untuk mengurus kesunyian dan kelompongan jiwa akan mudah mencari teman yang lebih memahami jiwa dan perasaan mereka.

Peringkat awal pembesaran bayi, mereka diberi suntikan imunisasi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit untuk menjamin kesihatan jasmani yang mudah terdedah kepada penyakit cacar, Hepetitis B, dan sebagainya. Apabila kekebalan jasmani sudah ada, maka penyakit dapat dicegah. Begitu juga dengan pendidikan emosi anak-anak terutamanya remaja.

Ibu bapa perlu bukan sahaja menitikberatkan aspek jasmani, tetapi juga perlu mengisi jiwa anak-anak dengan amalan rohaniah dan bimbingan agama. Ini akan menjadi bekalan kepada diri remaja supaya lebih teguh menghadapi cabaran dan anasir-anasir yang kurang baik.

Selain itu, konsep berkeluarga dan kehidupan yang bakal mereka lalui apabila dewasa kadang kala tidak diperjelaskan dengan baik oleh ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa pula tidak memberikan pedoman yang betul kepada anak remaja mereka tentang apa yang bakal mereka tempuhi apabila dewasa dan kepentingan untuk mempunyai cita-cita dan visi hidup. Ada ibu bapa yang menasihatkan anak-anak untuk berjaya, tetapi tidak pernah mengambil berat tentang prestasi akademik dan kemajuan diri anak mereka di sekolah.

Membina Kekebalan Remaja

Islam menganjurkan pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Pada hari ini, pendekatan mengatasi masalah generasi muda lebih banyak kepada pendekatan natijah terakhir (end result). Bila kerosakan sudah banyak berlaku, tidak banyak yang boleh dilakukan. Bila ketagihan dadah, rokok atau minuman keras mula bertapak ia menjadi agak payah untuk diubati.

Pencegahan bermakna memberi asas kekebalan pada hati dan pemikiran menerusi asuhan dan teladan. Kekebalan jiwa dan pemikiran anak perlu dilakukan menerusi semaian kasih sayang, membina keyakinan dengan asas maklumat dan pengetahuan mudah difahami, ajaran mengenai nilai, adab dan kesantunan supaya anak dengan kelaziman dan kebiasaan baik dapat membezakan sesuatu yang berfaedah atau sebaliknya.

Pengaruh media cetak dan elektronik memberi kesan kepada generasi muda. Apa ditonton dan dibaca membentuk jalan berfikir dan bertindak, kecuali kesedaran awal membezakan sesuatu itu baik atau buruk diberi.

Lazimnya pengaruh persekitaran berlaku sepanjang masa. Anak yang aktif fizikal dan pemikirannya mudah terpengaruh dengan sesuatu diminati dan disukainya tanpa banyak berfikir akibatnya. Keseronokan sering menjadi faktor yang mendorong perlakuan dan tabiat.

Untuk mengubahnya bukanlah satu hal yang mudah. Jika pendekatan pencegahan dibuat pada peringkat awal ia boleh menjadi benteng dalam menghadapi perlakuan negatif.

Selalunya pendekatan pencegahan dilakukan dengan memberi nasihat keagamaan dan menggalakkan mereka mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Pendekatan ini hanya berkesan dan dapat dijadikan amalan sekiranya ia dilakukan menerusi teladan. Rasional harus diberitahu kepada mereka mengapa amalan baik itu patut berlaku kepada mereka. Interaksi seumpama ini penting dan dilakukan secara fitrah iaitu menerusi kasih sayang, belaian, didikan, tunjuk-ajar dan teladan.

Justeru, kekebalan hati dan pemikiran perlu dipupuk dengan asas teladan, contoh dan maklumat yang sesuai dengan umur dan pengalaman hidup anak. Proses ini harus berlaku berterusan supaya keremajaan dan kedewasaannya nanti memiliki kekebalan yang tinggi serta mampu untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Kesimpulan

Anak-anak, terutamanya remaja perlu dibimbing dengan didikan agama dan pelajaran hidup yang baik. Teladan dan contoh ikutan menjadi asas yang sangat penting kepada remaja supaya dapat meneladani perbuatan dan tingkah laku yang baik dan berakhlak.

Kedatangan maklumat dan pendedahan kepada persekitaran perlu diwaspadai bagi mengelakkan anasir-anasir yang rapuh menjengah ke dalam diri remaja. Namun, pada masa sama, remaja juga harus bertindak bijak serta tidak mengikut perasaan dalam bertindak sebaliknya harus mampu untuk berfikir serta merujuk kepada orang yang lebih tua apabila mengalami kebuntuan atau permasalahan.

Tuesday, August 18, 2009

 
PRIHATIN MALAYSIA - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger